"Ya Allah, ku mohon Engkau buka besar-besar hati ini untuk menerima ujian-Mu. Letakkanlah rasa redha ke dalam hati ini, ya Rabb. Jangan Kau buat hati ini tersesat kerana perasaan yang melampau, ya Allah. Engkaulah penentu takdirku. Engkaulah Pencipta-ku. Engkaulah yang maha Esa. Ya Allah, dengarlah rayuan hamba-Mu ini. Alhamdulillah, hati rasa sedih. Alhamdulillah, Engkau menguji ku. Alhamdulillah, Engkau betulkan hakikat hidup ini. Maka Engkau lapangkanlah dada ini dan rehatkanlah ia. Sungguh sedih hati ini apabila mengetahui bahawa diri tidak mampu mengawal perasaan ini. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang sabar, Ya Rabb. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim."
-
Show more notesLoading...